Jabra SP200 Bluetooth Headset User Manual


 
bahasa inggeris
18
JABRA SP200
GLOSARI
1. Bluetooth adalah teknologi radio yang menyambungkan
peranti, seperti telefon mudah alih dan set kepala, tanpa dawai
atau wayar dalam jarak yang dekat kira-kira 33 kaki (10 meter).
Dapatkan maklumat lanjut di www.bluetooth.com
2. Prol Bluetooth adalah cara yang berbeza bagi peranti
Bluetooth untuk berkomunikasi dengan peranti lain. Telefon
Bluetooth menyokong sama ada prol set kepala, prol bebas
tangan atau kedua-duanya sekali. Untuk menyokong prol
tertentu, pengeluar telefon mesti melaksanakan ciri mandatori
tertentu dalam perisian telefon tersebut.
3. Berpasangan menghasilkan pautan yang unik dan dienkripsikan
di antara dua peranti Bluetooth dan membenarkannya berkomunikasi
antara satu sama lain. Peranti Bluetooth tidak akan berfungsi jika
peranti tidak berpasangan.
4. Kunci Khas atau PIN adalah kod yang anda masukkan pada
telefon mudah alih anda untuk menjadikannya berpasangan
dengan Jabra SP200 anda. Ini membolehkan telefon anda dan
Jabra SP200 mengenali satu sama lain dan bekerja bersama-sama
secara automatik.
5. Mod siap sedia adalah apabila Jabra SP200 menunggu
panggilan secara pasif. Apabila anda ‘menamatkan’ panggilan
pada telefon mudah alih anda, pembesar suara telefon akan
memasuki mod siap sedia
Buang produk mengikut piawaian
dan peraturan tempatan.
www.jabra.com/weee