bahasa inggeris
14
JABRA SP200
tidak menggunakannya. Jangan tinggalkan bateri yang dicaskan
sepenuhnya bersambung kepada pengecas, kerana pengecasan
berlebihan mungkin akan memendekkan jangka hayatnya.
- Jika dibiarkan tanpa digunakan, bateri yang dicas sepenuhnya
akan kehilangan casnya apabila masa berlalu.
- Meninggalkan produk di tempat yang panas atau sejuk, seperti
dalam kereta bertutup pada keadaan panas dan sejuk, akan
mengurangkan kapasiti dan hayat bateri.
- Sentiasa pastikan bateri berada pada suhu di antara 15°C
dan 25°C (59°F dan 77°F). Produk dengan bateri yang panas
atau sejuk mungkin tidak akan berfungsi buat sementara
waktu, walaupun ketika bateri dicas sepenuhnya. Prestasi
bateri terhad terutama sekali dalam suhu yang jauh di bawah
pembekuan.
Amaran bateri!
- ”Awas” – Bateri yang digunakan dalam produk ini mungkin
memberikan risiko kebakaran atau kelecuran kimia jika tidak
diperlakukan dengan betul.
- Jangan cuba membuka produk atau menggantikan bateri.
Ia terbina dalam dan tidak boleh ditukar. Penggunaan bateri
lain mungkin memberikan risiko kebakaran atau letupan dan
waranti akan ditamatkan.
- Hanya cas semula bateri anda dengan pengecas yang
diluluskan dan disediakan khusus untuk produk ini.
- Buang bateri mengikut peraturan tempatan. Jika boleh, sila
kitar semula. Jangan buang sebagai bahan buangan isi rumah
atau dalam api kerana ia mungkin meletup.
- Bateri mungkin meletup jika telah rosak.
PENJAGAAN PENGEcAS:
- Jangan cuba mengecas pembesar suara telefon anda dengan
apa jua alat selain daripada penyesuai AC yang disediakan.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh merosakkan atau
memusnahkan pembesar suara telefon dan boleh menjadi
bahaya. Penggunaan pengecas lain mungkin mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti. Untuk ketersediaan peningkatan
yang diluluskan, sila semak dengan pengedar anda.
- Caskan produk mengikut arahan yang dibekalkan dengan
produk.