Jabra SP200 Bluetooth Headset User Manual


 
bahasa inggeris
13
JABRA SP200
membuka produk. Jika mana-mana bahagian produk anda
memerlukan penggantian untuk sebarang sebab, termasuk haus
dan lusuh yang biasa atau kerosakan, hubungi pengedar anda.
- Elakkan daripada mendedahkan produk anda kepada hujan,
lembapan atau cecair lain untuk melindungi daripada
kerosakan kepada produk atau kecederaan kepada anda.
- Pastikan semua produk, kord dan kabel berada jauh daripada
mesin operasi.
- Jika produk terlampau panas, jika produk terjatuh atau rosak, jika
produk mempunyai kerosakan pada kord atau palam, atau jika
produk telah terjatuh dalam cecair, hentikan penggunaan dan
hubungi GN Netcom A/S.
- Buang produk menurut piawaian dan peraturan tempatan.
Jangan kendalikan pembesar suara telefon anda semasa
memandu!
Ingat untuk sentiasa memandu dengan selamat, elakkan
gangguan dan ikut peraturan tempatan!
Gunakan langkah berjaga-jaga semasa menggunakan pembesar
suara telefon anda apabila anda melibatkan diri dengan sebarang
aktiviti yang memerlukan perhatian penuh anda. Semasa
melibatkan diri dalam apa jua aktiviti, mematikan pembesar suara
telefon boleh mengelakkan anda daripada diganggu, supaya
dapat mengelakkan kemalangan atau kecederaan. Jangan buat
catatan atau baca dokumen semasa anda sedang memandu.
Berpasangan dan/atau bersambung kepada pembesar suara
telefon anda dengan telefon mudah alih anda hendaklah sentiasa
diselesaikan sebelum anda memulakan pemanduan.
ACA TS028 – Pencucuhan atmosfera mudah terbakar
Jangan gunakan pembesar suara telefon dalam persekitaran di
mana terdapat bahaya pencucuhan gas mudah terbakar.
PENJAGAAN BATERI TERBINA DALAM:
- Produk anda diberi kuasa oleh bateri yang boleh dicas semula.
- Prestasi penuh bagi bateri baru dicapai hanya selepas dua atau
tiga kitaran cas dan nyahcas yang lengkap.
- Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus kali, tetapi akhirnya
akan menjadi lemah.
- Cabut pengecas daripada palam elektrik dan produk semasa