Jabra SP200 Bluetooth Headset User Manual


 
bahasa inggeris
16
JABRA SP200
atau hantar ia kepada GN Netcom A/S (jika ditunjukkan dalam
www.jabra.com) sama ada dalam pembungkusan asal nya atau
bungkusan yang mempunyai perlindungan yang serupa.
Anda akan menanggung kos penghantaran produk ke GN
Netcom A/S. Jika Produk dilindungi jaminan, GN Netcom A/S
akan menanggung kos menghantar pulang produk kepada anda
selepas melengkapkan perkhidmatan di bawah jaminan ini.
Penghantaran pulang akan dicajkan pada anda bagi produk yang
tidak dilindungi oleh jaminan atau tidak memerlukan pembaikan
jaminan. Maklumat berikut mesti diberikan untuk mendapatkan
Perkhidmatan Jaminan: (a) produk, dan (b) bukti pembelian,
yang jelas menunjukkan nama dan alamat penjual, tarikh dan
pembelian jenis produk, yang menjadi bukti produk dalam
Tempoh Jaminan. Sila masukkan sekali (c) alamat pengembalian.
(d) nombor telefon siang hari, dan (e) sebab untuk penghantaran.
Sebagai sebahagian usaha GN Netcom A/S/Jabra untuk
mengurangkan sisa alam sekitar anda faham bahawa produk
mengandungi alatan yang dipulihkan yang mengandungi
komponen guna semula, sebahagiannya telah diubah semula.
Komponen telah guna ini semuanya menepati standard kualiti
GN Netcom A/S/Jabra yang tinggi dan menepati spesikasi prestasi
produk dan kebolehpercayaannya. Anda faham bahawa bahagian
yang diganti atau komponen akan menjadi milik GN Netcom A/S.
Had pada Jaminan
Jaminan ini hanya sah pada pembeli yang asal dan akan ditamatkan
secara automatik sebelum tamat tempoh produk jika ia dijual
atau dipindahkan ke pihak lain. Jaminan yang disediakan oleh GN
Netcom A/S dalam pernyataan ini tertakluk hanya pada produk
yang dibeli untuk diguna, dan bukan untuk jualan semula. Ia tidak
tertakluk pada pembelian kotak terbuka, yang dijual “sedia ada”
dan tanpa jaminan.
Khusus dikecualikan daripada jaminan adalah komponen pakai
buang hayat pendek yang tertakluk pada rosak dan rosot biasa,
seperti penghadang angin mikrofon, kusyen telinga, palam
modular, hujung telinga, kemasan hiasan, bateri, dan aksesori
lain. Jaminan ini tidak sah jika nombor siri, label kod tarikh, atau
label produk yang diletakkan semasa di kilang ditanggalkan dari
produk.
Jaminan ini tidak termasuk kerosakan kosmetik atau kerosakkan
kerana salah guna, kelalaian, Bencana Alam, kemalangan, penceraian
atau pengubahsuaian bagi, atau sebarang bahagian bagi, produk.