Jabra BT2080 Bluetooth Headset User Manual


 
14
Bahasa InggerIs
JABRA BT2080
Amaran pengecas!
- Apabila anda menanggalkan tali kord kuasa atau sebarang
penambahan, pegang dan tarik palam, dan bukannya menarik
kord, jangan sekali-kali gunakan pengecas yang rosak.
- Jangan cuba menyahhimpun pengecas kerana ia mungkin
mendedahkan anda kepada kejutan elektrik yang berbahaya.
Pemasangan semula yang tidak betul boleh menyebabkan
kejutan elektrik atau kebakaran apabila produk digunakan
selepas itu.
- Elakkan daripada mengecas set kepala anda dalam suhu
ekstrem yang tinggi atau rendah dan jangan gunakan
pengecas di luar bangunan atau dalam kawasan yang lembap.
JaMInan
Satu tahun (1) –Tahun Jaminan
GN Netcom A/S, menjamin produk ini bebas kerosakan dalam
bahan dan binaannya (tertakluk kepada terma yang ditunjukkan
di bawah) untuk tempoh satur (1) tahun dari tarikh pembelian
(“Tempoh Jaminan”). Semasa Tempoh Jaminan, GN Netcom A/S
akan membaiki atau menggantikan (atas budi bicara GN Netcom
A/S) produk ini atau sebarang bahagian rosak (“Perkhidmatan
Jaminan”) Jika pembaikan atau penggantian bukan amalan
yang menguntungkan atau tidak boleh dibuat pada masa itu,
GN Netcom A/S mungkin memilih untuk membayar balik harga
belian yang anda byar untuk produk yang terlibat. Pembaikan
atau penggantian di bawah terma jaminan ini tidak memberi hak
untuk pemanjangan atau permulaan baru bagi tempoh jaminan.
Tuntutan di bawah Jaminan
Untuk mendapatkan Perkhidmatan Jaminan, sila hubungi
pengedar GN Netcom A/S di mana anda membeli produk ini atau
lawati www.jabra.com untuk maklumat lanjut tentang sokongan
untuk pelanggan.
Anda akan dikehendaki memulangkan Produk kepada pengedar
atau hantar ia kepada GN Netcom A/S (jika ditunjukkan dalam
www.jabra.com) sama ada dalam pembungkusan asal nya atau
bungkusan yang mempunyai perlindungan yang serupa.