Jabra BT2080 Bluetooth Headset User Manual


 
7
Bahasa InggerIs
JABRA BT2080
Menolak panggilan*
- Tekan (kira-kira 1 saat) butang jawab/tamat apabila telefon
berdering untuk menolak panggilan masuk. Bergantung kepada
seting telefon anda, orang yang anda hubungi akan sama ada
dibawa ke mel suara atau akan mendengar isyarat sibuk.
Membuat panggilan
- Apabila anda membuat panggilan dari telefon mudah alih
anda, panggilan akan (tertakluk kepada seting telefon) secara
automatik dipindahkan ke alat dengar anda. Jika telefon anda
tidak membenarkan ciri ini, ketik pada butang jawab/tamat
BT2080 untuk memindahkan panggilan ke alat dengar. Tekan
butang jawab/tamat dan butang naik kelantangan secara
serentak, anda boleh memindahkan balik panggilan ke telefon.
Aktifkan dailan suara*
- Tekan butang jawab/tamat. Untuk hasil terbaik, rekod tag
dailan suara melalui alat dengar anda. Sila rujuk manual
pengguna telefon anda untuk mendapatkan maklumat
selanjutnya mengenai menggunakan ciri ini.
Mendail semula nombor terakhir*
- Ketik dua kali pada butang jawab/tamat apabila alat dengar
disambungkan ke telefon anda.
Laraskan bunyi dan kelantangan*
- Ketik kelantangan atas atau bawah untuk melaras kelantangan.
Bisu/nyahbisu
- Untuk membisukan, tekan kedua-dua kelantangan naik dan
turun secara serentak. Bunyi bip yang perlahan dimainkan
semasa panggilan.
- Untuk membunyikan suara, ketik mana-mana butang
kelantangan.
Panggilan menunggu dan membuat panggilan tunda*
- Ini kemudiannya membolehkan anda menundakan panggilan
semasa perbualan dan menjawab panggilan yang menunggu.
- Tekan butang jawab/tamat sekali untuk menundakan
panggilan aktif dan menjawab panggilan menunggu.
- Tekan butang jawab/tamat untuk beralih di antara kedua-dua
panggilan.
- Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan aktif.
* Bergantung kepada telefon