Jabra BT2080 Bluetooth Headset User Manual


 
13
Bahasa InggerIs
JABRA BT2080
- Jika tidak digunakan, bateri yang telah dicas sepenuhnya akan
hilang casnya dengan berlalunya masa.
- Meninggalkan peranti di tempat yang panas atau sejuk, contohnya
di dalam kereta yang tertutup ketika musim panas dan musim
sejuk akan mengurangkan keupayaan serta hayat bateri.
- Sentiasa cuba menyimpan bateri dalam suhu antara 15°C dan
25°C (59°F dan 77°F). Peranti dengan bateri yang panas atau sejuk
mungkin tidak akan dapat berfungsi buat sementara, walaupun
jika bateri telah dicas sepenuhnya. Prestasi bateri adalah terhad,
terutamanya dalam suhu di bawah takat beku.
- Jangan buang bateri ke dalam api kerana ia mungkin meletup.
- Bateri juga mungkin meletup jika dirosakkan.
Amaran bateri!
- ”Waspada” – bateri yang digunakan dalam peranti ini mungkin
menyebabkan risiko kebakaran atau lecuran kimia jika tidak
digunakan dengan betul.
- Jangan cuba membuka produk atau menggantikan bateri.
Ia adalah terbina dalam dan tidak boleh ditukar.
- Penggunaan bateri lain mungkin menyebabkan risiko
kebakaran atau letupan dan waranti akan ditamatkan.
- Cas semula bateri anda hanya dengan pengecas diluluskan
yang disediakan dan khusus untuk peranti ini.
- Buang bateri mengikut peraturan setempat. Sila kitar semula
jika boleh. Jangan buang sebagai sisa buangan isi rumah.
- Sentiasa simpan produk jauh daripada kanak-kanak.
PEnJagaan PEngECaS:
- Jangan cuba mengecas set kepala anda dengan alat selain
daripada penyesuai AC yang disediakan. Penggunaan sebarang
jenis lain mungkin merosakkan atau memusnahkan set kepala
dan mungkin mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti,
dan mungkin berbahaya. Untuk maklumat ketersediaan
bagi penambahan yang diluluskan, sila semak dengan wakil
peniaga anda.
Penting: Set kepala tidak boleh digunakan semasa mengecas.