Jabra BT2080 Bluetooth Headset User Manual


 
6
Bahasa InggerIs
JABRA BT2080
Mod berpasangan manual
Jika anda ingin menggunakan alat dengar anda dengan telefon
yang berbeza, atau jika proses berpasangan diganggu, anda
boleh menetapkan alat dengar kepada mod berpasangan secara
manual.
Pastikan alat dengar dihidupkan. Tekan dan tahan butang jawab/
tamatkan selama kira-kira 5 saat sehingga ikon Bluetooth berubah
daripada lampu yang tetap kepada lampu yang berkelipan.
Kemudian, ulang langkah 2 dan 3 dalam panduan berpasangan
di atas.
BERSaMBung dEngan TELEFOn anda
Berpasangan hanya diperlukan pada kali pertama alat dengar
dan telefon digunakan bersama. Apabila alat dengar dan telefon
telah dijadikan berpasangan sekali, ia akan bersambung secara
automatik apabila alat dengar dihidupkan dan Bluetooth
diaktifkan pada telefon. Alat dengar boleh digunakan apabila ia
“disambungkan” ke telefon. Jika peranti dijadikan berpasangan,
tetapi tidak terus bersambung, ketik butang jawab/tamat. Apabila
alat dengar anda telah disambungkan ikon sambungan Bluetooth
dalam StatusDisplay™ akan menjadi tetap selama 3 saat.
PaKaILaH MEngIKuT CaRa Yang anda SuKaI
Jabra BT2080 boleh dipakai pada mana-mana telinga dengan
atau tanpa cangkuk telinga. Hanya keluarkan cangkuk telinga jika
anda lebih suka gaya pemakaian ini atau sambungkan cangkuk
telinga agar selesa di telinga kiri atau kanan bergantung pada
pilihan anda.
BagaIMana unTuK
Menjawab panggilan
- Ketik (kurang daripada 1 saat) butang jawab/tamat pada alat
dengar anda untuk menjawab panggilan.
Menamatkan panggilan
- Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif.