Jabra BT2080 Bluetooth Headset User Manual


 
9
Bahasa InggerIs
JABRA BT2080
- Pastikan telefon anda disambungkan ke alat dengar dengan
mengetik butang Jawab/Tamat. Lihat Jabra StatusDisplay™
Saya mempunyai masalah berpasangan
- Anda mungkin telah memadam sambungan berpasangan alat
dengar anda dalam telefon mudah alih anda.
Ikuti arahan berpasangan tersebut.
Saya hendak mengeset semula alat dengar
Alat dengar boleh diset semula dan diuji dengan ’Tekan dan
tahan’ kelantangan ke bawah dan butang jawab/tamat secara
serentak. Dalam StatusDisplay
TM
ikon bateri dan ikon Bluetooth
akan berkelip 5 kali secara serentak. Dalam mod ini, senarai
berpasangan diset semula, dan anda boleh menguji jika alat
dengar berfungsi kerana anda akan dapat mendengar audio
dalam pembesar suara dari mikrofon.
Alat dengar akan dimatikan secara automatik selepas kira-kira
10 saat. Pada masa lain anda menghidupkan kuasa, alat dengar
akan dijalankan dalam mod berpasangan seperti kali pertama
anda menghidupkan BT2080 baru anda.
Adakah Jabra BT2080 akan berfungsi dengan peralatan
Bluetooth lain?
- Jabra BT2080 direka bentuk untuk berfungsi dengan telefon
mudah alih Bluetooth. Ia juga boleh berfungsi dengan peranti
Bluetooth lain yang mematuhi Bluetooth versi 1.1 atau lebih
tinggi dan menyokong alat dengar dan/atau prol bebas
tangan.
Saya tidak boleh menggunakan Tolak panggilan, panggilan
ditunda, Dail semula atau dailan suara
Ciri ini adalah bergantung pada keupayaan telefon anda untuk
menyokong prol bebas tangan. Walaupun jika prol bebas
tangan dilaksanakan, tolak panggilan, panggilan ditunda dan
dailan suara adalah ciri pilihan yang tidak disokong oleh semua
peranti. Sila rujuk manual peranti anda untuk mendapatkan
butiran.