Lennox Hearth BT135 Bluetooth Headset User Manual


 
64
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
RELEASE YOUR JABRA
65
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
Jabra BT135 Bluetooth headset
Sebarang waranti tersirat pada produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah
terhad kepada satu tahun daripada tarikh pembelian semua bahagian,
termasuk sebarang kord atau penyambung.
Terkecuali secara spesik daripada sebarang waranti adalah komponen-
komponen boleh guna hayat terhad bergantung kepada kehausan
dan kelusuhan biasa, seperti mikrofon cermin depan, kusyen telinga,
kemasan hiasan, bateri, dan aksesori-aksesori lain.
Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan sampingan atau secara langsung yang timbul akibat
penggunaan atau penyalahgunaan sebarang produk Jabra (GN Netcom).
Waranti ini memberikan anda hak-hak spesik dan mungkin mendapat
hak-hak lain yang berbeza-beza mengikut kawasan-kawasan.
Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak
boleh, dalam sebarang keadaan, cuba untuk melakukan servis, pelarasan
atau pembaikan ke atas unit ini, sama ada semasa atau selepas tempoh
waranti. Ia mesti dikembalikan ke tempat pembelian, kilang atau agensi
servis bertauliah bagi kerja-kerja berkenaan.
Jabra (GN Netcom) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang
kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran.
Sebarang kerja pembaikan pada produkproduk Jabra (GN Netcom) oleh
pihak ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan sebarang waranti.
15. Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan
China
Mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan Radio China.
Republik Korea:
Disahkan di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan bagi Pensijilan
Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal
Penyelidikan Radio (Kementerian Maklumat dan Komunikasi)
Taiwan
Diluluskan oleh Ketua Pengarah Telekomunikasi (Kementerian
Pengangkutan dan Komunikasi).
Singapura
Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA)
untuk dijual dan digunakan dalam Singapura.
FCC
Peranti ini mematuhi bahagian 15 Undang-Undang FCC.Operasinya adalah
tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan
gangguan yang membahayakan, dan (2) peranti ini mesti menerima
sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin
menyebabkan operasi yang tidak diingini.
CE
Produk ini ditandakan CE mengikut peruntukan-peruntukan dalam Arahan
R & TTE (99/5/EC).
Bluetooth
Tanda perkataan Bluetooth® dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang
penggunaan tandatanda berkenaan oleh GN Netcom adalah dengan
mendapat lesen.Tanda niaga-tanda niaga dan nama dagang lain adalah
milik pemilik masing-masing.
16. Glosari
Bluetooth adalah teknologi radio yang menyambung peranti, seperti
telefon bimbit dan set kepala, tanpa wayar atau kord pada jarak yang pendek
(anggaran 30 kaki). Dapatkan maklumat lanjut di www.bluetooth.com
Prol Bluetooh adalah cara lain peranti Bluetooh berkomunikasi dengan
peranti-peranti lain. Telefon Bluetooth menyokong sama ada prol set
kepala, prol bebas tangan atau kedua-duanya. Untuk menyokong prol
tertentu, pengilang telefon mesti melaksanakan ciri mandatori tertentu
dalam perisian telefon.
Berpasangan membuat pautan unik dan dienkripsi antara dua peranti
Bluetooth dan membolehkannya berkomunikasi antara satu sama lain.
Peranti Bluetooth tidak akan berfungsi jika peranti-peranti tersebut tidak
berpasangan.
Kunci laluan atau PIN adalah kod yang anda masukkan pada telefon bimbit
anda untuk berpasagan dengan Jabra BT135 anda. Ini membuat telefon dan
Jabra BT135 anda mengenali satu sama lain dan bekerja bersama secara
automatik.
Mod bersedia adalah apabila Jabra BT135 sedang menunggu panggilan
secara pasif. Apabila anda ‘menamatkan’ panggilan pada telefon bimbit
anda, set kepala akan ke mod bersedia.