Lennox Hearth BT135 Bluetooth Headset User Manual


 
62
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
RELEASE YOUR JABRA
63
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
Jabra BT135 Bluetooth headset
10. Apa yang dimaksudkan oleh lampu-
lampu berikut
Apa yang anda lihat Apa ertinya ini mengenai set kepala anda
Lampu biru berkelip Berkelip setiap saat: aktif dalam panggilan
Lampu biru berkelip Berkelip setiap tiga saat: dalam mod tunggu sedia
Lampu biru berkelip Kuasa bateri semakin rendah
Lampu biru terang Mengecas
Lampu biru terang Dalam mod berpasangan – lihat bahagian 7
11.
Penyelesaian masalah & Soalan lazim (FAQ)
Saya terdengar bunyi gemeresik
Untuk kualiti audio yang terbaik, sentiasa pakai set kepala di bahagian
badan yang sama dengan telefon bimbit anda.
Saya tidak dapat mendengar apa-apa di set kepala saya
• Tambahkan kelantangan pada set kepala.
• Pastikan bahawa set kepala berpasangan dengan telefon.
• Pastikan bahawa telefon bersambung dengan set kepala – jika ia tidak
bersambung, sambungkan sama ada dari menu Bluetooth telefon atau
dengan mengetik butang jawab/tamat, ikuti prosedur berpasangan
(Lihat bahagian 7).
Saya menghadapi masalah sambungan
Anda mungkin telah terpadam sambungan berpasangan set kepala
anda dan dalam telefon bimbit anda. Ikuti arahan berpasangan dalam
bahagian 7.
Adakah Jabra BT135 dapat berfungsi dengan peralatan Bluetooth yang
lain?
Jabra BT135 telah direka bentuk untuk berfungsi dengan telefon bimbit
Bluetooth. Ia juga boleh berfungsi dengan peranti Bluetooth lain yang
serasi dengan Bluetooth versi 1.1, 1.2 atau 2.0 dan menyokong set kepala
dan/atau prol bebas tangan.
Saya tidak dapat menggunakan Tolak panggilan, tunda panggilan, dail
semula atau dailan suara
Fungsi-fungsi tersebut bergantung pada sokongan telefon anda. Sila
semak manual telefon anda untuk butiran lanjut
12. Perlukan bantuan lanjut?
1. Web: www.Jabra.com (untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna
dalam talian terkini)
2. Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat
Nombor Bebas Tol:
Australia: 1-800-083-140 (10:00 – 19:00)
China: 800-858-0789 (08:00 – 19:00)
Hong Kong: 800-968-265 (08:00 – 17:00)
Indonesia: 001-803-852-7664 (08:00 – 17:00)
Jepun: 0034-800-400-594 (09:00 – 18:00)
Malaysia: 1800-812-160 (08:00 – 17:00)
New Zealand: 0800-447-982 (12:00 – 21:00)
Singapura: 800-860-0019 (08:00 – 17:00)
Taiwan: 0080-186-3013 (08:00 – 19:00)
India: 000-800-852-1185 (05:30 – 14:30)
Filipina: 1800 765 8068 (08:00 – 17:00)
13. Menjaga set kepala anda
Sentisa simpan Jabra BT135 dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi
dengan selamat.
Elakkan disimpan pada suhu yang melampau (melebihi 45°C/113°F –
termasuk sinaran langsung matahari – atau di bawah -10°C/14°F). Ini boleh
memendekkan hayat bateri dan mungkin menjejas pengoperasiannya. Suhu
tinggi mungkin boleh juga menurunkan ?? prestasinya.
Jika terdedah kepada air atau cecair lain, peranti patut dibersihkan dari
sebarang kesan air.
14. Waranti
Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini terhadap semua kecacatan material
dan pembuatan bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian asal.
Syarat-syarat waranti ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini
adalah seperti berikut:
Waranti adalah terhad kepada pembeli asal.
Dikehendaki salinan resit atau bukti pembelian lain anda.
Waranti ini adalah tidak sah sekiranya nombor siri, label kod tarikh atau
label produk dibuka, atau sekiranya produk terdedah kepada tindakan
zikal, pemasangan yang tidak betul, pengubahsuaian, atau pembaikan
oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Tanggungjawab produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad
kepada pembaikan atau penggantian produk berkenaan mengikut
pertimbangannya sendiri.