Lennox Hearth BT135 Bluetooth Headset User Manual


 
58
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
RELEASE YOUR JABRA
59
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
Jabra BT135 Bluetooth headset
1. Terima kasih
Terima kasih kerana membeli Set Kepala Bluetooth Jabra BT135. Kami
berharap anda akan menikmatinya!
Manual arahan ini akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk
memaksimumkan penggunaan set kepala anda.
Ingatlah, dahulukan pemanduan, bukan panggilan!
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengganggu
perhatian anda dan meningkatkan kemungkinan berlakunya kemalangan.
Jika keadaan pemanduan amat mendesak (seperti cuaca buruk, kesesakan
lalu lintas, kehadiran kanak-kanak di dalam kereta, keadaan jalan raya yang
sukar), hentikan kereta di bahagian tepi jalan sebelum membuat atau
menjawab panggilan. Selain itu, cuba pendekkan perbualan dan jangan
ambil nota atau membaca dokumen.
Sentiasa memandu dengan selamat dan patuhi
undang-undang setempat.
2. Mengenai Jabra BT135 anda
1
Cangkuk telinga boleh laras
5
Lampu penunjuk (LED)
2
Tambahkan kelantangan
Butang jawab/tamat
3
Kurangkan kelantangan
6
Soket pengecasan
4
Penutup ketap
7
Penerima
3. Apa yang boleh dilakukan oleh set kepala
baru anda
Jabra BT135 anda membenarkan anda melakukan ini semua
(Bergantung pada sama ada telefon anda menyokong fungsi tersebut):
• Menjawab panggilan
• Menamatkan panggilan
• Menolak panggilan*
• Dailan suara*
• Dailan nombor terakhir*
• Panggilan menunggu*
• Menunda panggilan*
• Senyapkan
* Bergantung pada telefon
Spesikasi
• Masa bercakap sehingga 8 jam/masa tunggu sedia sehingga 170 jam
• Bateri boleh cas semula dengan opsyen untuk mengecas daripada
bekalan kuasa AC, PC melalui kabel USB atau pengecas kereta (Kabel
USB PC dan pengecas kereta dijual secara berasingan)
• Berat 14g
• Jarak pengoperasian sehingga 10 meter (33 kaki)
• Prol set kepala dan Bluetooth bebas tangan
• Spesikasi Bluetooth
(lihat glosari halaman 65) versi 2.0
4. Bermula
Jabra BT135 mudah untuk dikendalikan. Butang jawab/tamat yang ada pada
set kepala menjalankan fungsi-fungsi yang berlainan bergantung pada lama
masanya anda menekan butang tersebut.
Arahan: Tempoh tekanan
Ketik Tekan sekejap
Tekan Anggaran: 1 saat
Tekan dan tahan Anggaran: 5 saat
5. Cas set kepala anda
Pastikan bahawa set kepala Jabra BT135 anda dicas sepenuhnya selama 2
jam sebelum anda mula menggunakannya. Gunakan penyesuai AC untuk
mengecas dari soket kuasa. Sambungkan set kepala anda seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 2. Apabila lampu penunjuk (LED) berwarna biru
terang, set kepala anda sedang mengecas. Apabila lampu penunjuk (LED)
terpadam, ia telah dicas sepenuhnya. (Ikuti langkah 1-2 dalam rajah 2).
3
2
1
6
4 5
7