Lennox Hearth BT135 Bluetooth Headset User Manual


 
60
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
RELEASE YOUR JABRA
61
GB
MA
CN
JA
KO
TH
CN
Jabra BT135 Bluetooth headset
6. Menghidupkan dan mematikan set kepala
anda
• Tekan butang jawab/tamat untuk menghidupkan set kepala anda.
Tekan dan tahan butang jawab/tamat untuk mematikan set kepala anda.
7. Berpasangan dengan telefon anda
Sebelum anda menggunakan Jabra BT135 anda, anda perlu
memasangkannya dengan telefon bimbit anda. (Ikuti langkah 1-4
dalam rajah 3).
1. Letakkan set kepala dalam mod berpasangan
• Pastikan set kepala dimatikan.
Tekan dan tahan butang jawab/tamat sehingga lampu biru terang menyala.
2. Tetapkan telefon Bluetooth anda untuk ‘menemui’ Jabra BT135
Ikuti panduan arahan telefon anda. Biasanya, ini bererti pergi ke menu
‘persediaan’, ‘sambung’, atau ‘Bluetooth’ yang ada pada telefon anda dan
memilih opsyen untuk ‘mengenali’ atau ‘menambah’ peranti Bluetooth.*
(Lihat contoh daripada telefon bimbit biasa dalam rajah 3)
3. Telefon anda akan mencari Jabra BT135
Telefon anda akan bertanya sama ada anda hendak berpasangan
dengannya. Terima dengan menekan ‘Ya’ atau ‘OK’ pada telefon dan
sahkan dengan kunci laluan atau PIN = 0000 (4 sifar). Telefon anda akan
memberi pengesahan apabila proses berpasangan telah selesai. Jika
berpasangan tidak berjaya, ulang langkah 1 hingga 3.
8. Pakailah sebagaimana yang anda suka
Jabra BT135 sedia untuk dipakai di telinga kanan anda. Jika anda lebih suka
memakainya di sebelah kiri, secara perlahan-lahan tarik keluar cangkuk
telinga, putarkan cangkuk telinga sebanyak 180° dan masukkan. (Lihat rajah
4). Cangkuk telinga boleh dilaras untuk padanan lebih selesa pada telinga
- tekan sisi di bahagian belakangnya untuk padanan yang lebih selesa.
Jabra BT135 anda boleh diperibadikan dengan menukar penutup ketap.
Untuk menukar penutup, secara perlahan-lahan tarik keluar penutup dari
bahagian depan set kepala. Masukkan penutup baru dengan memasangnya
di atas soket pengecasan. (Lihat rajah 5).
Untuk prestasi optimum, pakailah BT135 dan telefon bimbit anda di
bahagian badan yang sama atau dalam garis penglihatan. Pada umumnya,
anda akan mendapat prestasi yang lebih baik apabila tiada halangan di
antara set kepala dan telefon bimbit anda. (Lihat rajah 6).
9. Cara untuk...
Menjawab panggilan
Ketik butang jawab/tamat pada set kepala untuk menjawab panggilan.
Menamatkan panggilan
Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif.
Membuat panggilan
• Apabila anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, panggilan
tersebut akan (tertakluk kepada tetapan telefon) akan berpindah secara
automatik ke set kepala anda. Jika telefon anda tidak menyokong fungsi
ini, ketik pada butang jawab/tamat pada Jabra BT135 untuk menerima
panggilan dalam set kepala.
Menolak panggilan*
Tekan butang jawab/tamat apabila telefon berdering untuk menolak
panggilan masuk. Bergantung pada tetapan telefon anda, orang yang
memanggil anda sama ada akan dimajukan ke mel suara anda atau
mendengar isyarat sibuk.
Mengaktifkan dailan suara*
Ketik butang jawab/tamat. Untuk hasil yang terbaik, rakam teg dailan
suara melalui set kepala anda jika telefon tersebut membenarkan anda
melakukan sedemikian. Sila rujuk manual pengguna telefon anda untuk
maklumat lanjut tentang penggunaan ciri ini.
Mendail semula nombor terakhir*
Tekan butang jawab/tamat.
Melaraskan bunyi dan kelantangan
Tekan tambahkan atau kurangkan kelantangan (+ atau -) untuk
melaraskan kelantangan.
Panggilan menunggu dan menunda panggilan*
Ini membolehkan anda menunda panggilan ketika dalam perbualan dan
menjawab panggilan menunggu.
Tekan butang jawab/tamat sekali untuk menunda panggilan aktif dan
menjawab panggilan menunggu.
Tekan butang jawab/tamat untuk bertukar antara kedua-dua
panggilan.
Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan yang aktif.
* Bergantung pada telefon