16. Waranti
Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini daripada sebarang kecacatan
bahan dan hasil kerja bagi tempoh setahun dari tarikh pembelian asal.
Syarat-syarat waranti ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini
adalah seperti berikut:
• Waranti ini terhad kepada pembeli asal
• Salinan resit anda atau bukti pembelian yang lain diperlukan.
• Waranti ini tidak sah jika nombor siri, label kod tarikh atau label produk
dibuka, atau jika produk terdedah kepada tindakan zikal, pemasangan
yang tidak betul, pengubahsuaian atau pembaikan oleh pihak ketiga
yang tidak bertauliah
• Tanggungjawab produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada
pembaikan atau penggantian produk atas budi bicara mutlaknya
• Sebarang waranti tersirat terhadap produk Jabra (GN Netcom) adalah
terhad kepada satu tahun dari tarikh pembelian bagi semua bahagian,
termasuklah sebarang kord dan penyambung
• Secara khusus dikecualikan daripada sebarang waranti adalah komponen
hayat terhad dan guna habis yang boleh haus dan lusuh, seperti
pelindung mikrofon, kusyen telinga, kemasan dekoratif, bateri dan
aksesori lain
• Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan sampingan atau langsung yang timbul akibat penggunaan
atau penyalahgunaan sebarang produk Jabra (GN Netcom)
• Waranti ini memberi anda hak khusus dan anda mungkin mempunyai
hak-hak lain yang berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain
• Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak
dibenarkan, dalam sebarang keadaan, untuk cuba melaksanakan servis,
penyesuaian atau pembaikan terhadap unit ini, sama ada semasa atau
selepas tempoh waranti. Ia mestilah dikembalikan ke tempat pembelian,
kilang atau agensi servis yang bertauliah bagi menjalankan semua kerja-
kerja seumpamanya
• Jabra (GN Netcom) tidak akan memikul sebarang tanggungjawab untuk
sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran.
Sebarang kerja pembaikan terhadap produk Jabra (GN Netcom) oleh
pihak ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan waranti.
17. Pengiktirafan dan kelulusan keselamatan
China: Mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan Radio China.
Republik Korea: Disahkan di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan bagi
Pensijilan Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal
Penyelidikan Radio (Kementerian Maklumat dan Komunikasi)
Taiwan: Diluluskan oleh Ketua Pengarah Telekomunikasi (Kementerian
Pengangkutan dan Komunikasi).
Singapura: Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm
Singapura (IDA) untuk dijual dan digunakan dalam Singapura.
FCC
Peranti ini mematuhi bahagian 15 Undang-Undang FCC.Operasinya adalah
tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan
gangguan yang membahayakan, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang
gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan
operasi yang tidak diingini.
CE
Produk ini ditandakan CE mengikut peruntukan-peruntukan dalam Arahan R
& TTE (99/5/EC).
Bluetooth
Tanda perkataan Bluetooth® dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang
penggunaan tandatanda berkenaan oleh GN Netcom adalah dengan
mendapat lesen.Tanda niaga-tanda niaga dan nama dagang lain adalah milik
pemilik masing-masing.
18. Glosari
Bluetooth adalah teknologi radio yang menyambung peranti seperti telefon
bimbit dan set kepala, tanpa wayar atau kord merentasi jarak yang pendek 10
meter (anggaran 33 kaki). Dapatkan maklumat lanjut di www.bluetooth.com
Prol Bluetooth adalah pelbagai cara peranti Bluetooh berkomunikasi
dengan peranti-peranti lain. Telefon Bluetooth menyokong sama ada prol
set kepala, prol bebas tangan ataupun kedua-duanya. Untuk menyokong
prol tertentu, pengilang telefon mesti melaksanakan ciri mandatori
tertentu dalam perisian telefon.
Berpasangan menghasilkan pautan yang unik dan disulitkan antara dua
peranti Bluetooth dan membolehkannya untuk berkomunikasi antara
satu sama lain. Peranti Bluetooth tidak akan berfungsi jika peranti-peranti
tersebut tidak berpasangan.